Bali; cerita kita (i)

 "Sometimes it’s good to get lost and forget about home, work, social media and being anonymous in a new place where no one knows me, so it is easier to remember who I am."

Berjalanlah bersamaku.

Bepergian ke tempat baru seringkali membawa kita mengenal orang-orang baru, wajah-wajah baru. Suatu perjalanan juga membawa kita lebih mengenal siapa insan disebelah kita iaitu teman seperjalanan yang bersama-sama kita, sisi-sisi diri mereka yang tak pernah kita kenali sebelum ini. Dan akhirnya, sebuah perjalanan akan membuat kita lebih mengenal diri sendiri. Kadangkala kehidupan seharian yang penuh dengan tanggungjawab dan hal-hal yang memerlukan kita mendahulukan orang-orang lain membuatkan kita lupa untuk memprioritikan diri sendiri. Maka bepergian dari rutin seharian itu perlu, walau bukan selalu. 



"I love places that make you realize how tiny you and your problems are."

Sepanjang di Bali tempoh hari saya tidak keseorangan. Perjalanan ditemani teman rapat zaman sekolah yang sangat mencintai jalan-jalan. Mula-mula rancang nak pergi berempat, tapi seorang sahabat tu terpaksa cancel last minute atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Jadi kami pergi bertiga jak la.


"A good friend listens to your adventures. A best friend makes them with you."
Dengan menggunakan konsep percutian/vacation bukan pengembaraan/backpackers, trip kami lebih kepada go and see places, tiadalah adventurous sangat pun. Dan sebagai pelancong marhaen selama 4 hari 3 malam (18/10-21/10) tanpa travel agent, segalanya kami uruskan sendiri bermula dengan tiket penerbangan, tempat penginapan, pengangkutan dan itenari perjalanan yang bersesuaian dengan budget mengikut kemampuan kami.

Fyi, waktu kami pergi tu Bali actually tengah hot dengan berita Gunung Agung nak meletus sebab ada tanda-tanda rekahan katanya, siap keluar dalam berita. Gunung Agung ni merupakan gunung tertinggi yang dianggap suci oleh masyarakat Bali dan merupakan salah satu gunung berapi yang masih aktif hingga hari ini. Atas sebab keselamatan, kami pun ikut jak la prosedur yang dikeluarkan oleh kedutaaan Malaysia di sana di mana sesiapa yang hendak pergi ke Bali perlu mendaftarkan keberadaan pada kedutaan dengan mengisi borang online.





Sepanjang di Bali, perjalanan kami sepenuhnya menggunakan khidmat supir sebab malas nak banyak fikir. Sebulan sebelum nak pergi lagi dah contact siap-siap supir kami tu dan inform tentang details. Dekat sana memang banyak sangat perkhidmatan-perkhidmatan macam ni yang sangat affordable dan selesa. 


Hari pertama di sana, semestinya orang pertama yang kami kenal adalah supir kami, Pak Alip namanya. 



To be continued...


Comments