Matahary, since 2012.

Bismillah





Sebenarnya saya dah lama nak buat entry ni sebab banyak orang tanya soalan yang sama. Anyway, buat anonimes yang tanya soalan di atas, Walaikumsalam dan terima kasih.


Ada eloknya kalau saya buat taaruf sikit. Nama diberi Azriana. Sahabat selalu panggil Ary atau Kak Ary. Tahun ni masuk 8 tahun tak move on lagi dalam dunia blog ni. Ruang saya berkongsi cerita, pendapat, pandangan dan reviu-reviu buku serta filem. Tapi kebanyakan pembaca blog mengenali saya melalui tumblr sebelum ini yang dah berzaman deactivatematah-ary.tumblr.com. Kalau rasa macam pernah followthanks!




matah-ary-deactivated20131105


Lepas dah move on dari akaun tumblr dan tak pernah kembali lagi, ada beberapa orang yang ambil nama Matahary dan saya tak kisah, it's okay. sebab saya tak pernah buat copyrights pun.

Beberapa bulan yang lalu pula, ada orang tanya, "Awak ada tulis zine ke?" sebab ada satu zine tu guna nama Matahary but don't worry, saya tak kisah, it's okay. Yang pasti saya tak pernah tulis zine, buku atau seantero dengannya. Saya hanyalah penulis picisan dalam blog ini sahaja. Harap maklum. 

Bukan teguran, sekadar nasihat buat sesiapa sahaja yang nak tulis zine, terbit buku atau hasilkan sesuatu karya atau jenama di masa hadapan, bila nak pilih satu jenama untuk produk atau karya yang kita nak jual pada orang lain, cuba google dulu nama tu, semak dah ada orang guna ke belum. Sebab tak bestkan kalau nama tu dah ada orang lain yang guna. Dan kadang orang lain boleh confuse bila kita guna jenama atau nama yang sama. Bagi sesetengah orang yang tak cool, diorang memang akan rasa marah nak flip meja bila tahu ada orang lain tiru/curi nama diorang. Seriyes.





But don't worry, you're dealing with Ary; seorang yang tak suka berdrama sinetron untul hal-hal remeh. It's okay. ^^,v

Sebenarnya nama tu tak ada la extravaganza sangat pun  tapi bagi saya sendiri, terlalu banyak kenangan dengan nama Matahary sejak 2012 yang membuatkan ia sangat special. Apa-apa pun, saya harapkan sesiapa sahaja yang menggunakannya  tetap menyebarkan cinta sehangat mentari dan gunakanlah ia untuk hal-hal baik yang boleh memberi manfaat buat orang lain. 


Zaman sekarang ni kita nak mendapatkan pengikut/followers/fans sangat mudah sebenarnya lebih-lebih lagi bila kita ada 'sesuatu' yang boleh diberi pada orang lain. Tak kisahlah awak nak datang dengan 'wajah' apa sekalipun; penulis, penyanyi, etc. Namun ketahuilah menjadi perhatian orang bukan hal yang mudah lebih-lebih lagi bila orang akan selalu perhatikan setiap tingkah laku dan sebarang kata-kata yang dituliskan atau dibicarakan. Tak kena sikit, sedialah keringkan hati untuk dibash. Tapi bila dapat label populariti atau dikenali ramai, walaupun kadang kita sendiri tak pernah minta dan berniat untuk itu, for meit's a bonus. You have the power to change people minds, you have the power to be a leader. Take it or leave it. Gunakanlah sebaik-baiknya. 


"If you are a leader, you have the power to change many things around you, but if you're not, you have the power to change many things in yourself."


Buat anonimes yang bertanya soalan dan sesiapa pun yang pernah confuse siapa pemilik blog Matahary ni, rasanya saya dah jawab soalan last tu dengan panjang lebar, and it's not Amalina or Ashikin. I don't even know them, maaf. It's me, Azriana. You can just call me Ary. Salam ukhuwwah. :)


Comments

  1. Anonymous17.7.16

    salam ukhuwah juga boleh saya dapat nama fb kak ari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak aktif fb dah sekarang, dan tak ada apa pun dalam tu. :)

      Delete
  2. Anonymous17.7.16

    n satu lagi what the name of your background music i wanna know it because it is really fantastic and relax

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just search on yt : For river - piano (Johnny's version).

      Delete
  3. Linda^^18.7.16

    Teruskan menulis & memberikan inspirasi Matah-Ary :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lindaaa!!!! Okay bah kalau kau~ ^_^

      Delete
  4. Hehe sebab tu masa akak dapat tau pasal ig+zine tu, i know that is sooo not you. Takpa, datang la beribu orang yang menggunakan nama yang sama pun, you are still the original and the one and only Matah-Ary among your 'silent' readers :)

    ReplyDelete
  5. Awak ada jenama dan jiwa tersendiri Ary. Akak rasa mereka dapat teka mana satu awak. ;) .. Keep writing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu, terima kasih kak. :')

      Delete
  6. Salam perkenalan Matah-Ary. =)

    Dulu pernah akak singgah di blog azriana yang lama tu. Akak suka baca tiap-tiap bait kata-kata di situ.

    Semoga tetap terus menulis.

    Muzik di blog ni pun tenang aje dengar. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak, salam perkenalan. :)

      Delete
  7. Aryan17.9.16

    Bait-bait kata yang ditulis memaparkan siapa diri anda yang sebenar. Keep writing :) There's people who ispired with you Ary.

    ReplyDelete
  8. Anonymous26.10.16

    it has been so long since Tumblr. waktu bergerak, musim berubah. saya tidaklah dapat mengikuti tulisan ary di blog ini secara konsisten, karena sekarang, tidak sama lagi rutinnya seperti di zaman ijazah dahulu. Namun, whenever i have time like this, i would revisit your writings again and again. and everything feels much more the same. nostalgic. It shows how you grow. keep growing, beautifully in writings dan peribadi inshaAllah :)

    i don't know, but this post makes me feel so young. just like the old times. Thank you :')

    ReplyDelete
  9. Saya lah tu yang follow k.ary dari zaman tumblr dulu :')

    thank you for writing and please teruskan.
    I really loves your words k.ary <3

    ReplyDelete

Post a Comment